Assalamualikum....
Mutakhir ni kecoh dgn penurunan harga minyak RON97...kat ofis NK semua dok bercerita mengenai hal semasa ni...Ada yang percaya..ada yang masih keliru ..sama ada nak isi RON95 atau yang RON97...ada Pro dan Kontra...
Tapi pada NK pandai-pandailah nak hidup...Setiap kebaikan pasti ada keburukan..Dab begitu juga sebaliknya..
Hari ni NK bukan nak cerita tentang hal minyak yang tengah hangat tu..tapi nak cerita kisah oven NK yng tengah memanaskan Kek Coklat Moist nie...Peminat Kek Coklat Moist ni memang tidak diragukan betapa ramainya...termasuklah NK dan keluarga...
Semalam NK mendapat tempahan dari salah seorang customer merangkap ketua Jabatan NK sendiri.Kek yang ditempah adalah Kek Coklat Moist untuk diberikan pada guru anakn beliau.Sebagai tanda penghargaan.Untung badan si Guru kerana memiliki ibu kepada pelajarnya yang sangat menghargai jasa Guru pada anaknya.
Kembali semula pada resepi Kek Coklat moist.Kek ni boleh dibakar atau boleh juga dikukus.Masa dan tempoh nya tidak jauh berbeza.
RESEPI KEK COKLAT MOIST/LEMBAB
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Kemudian ayak
Ketepikan
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Bahan D
250 ml air panas
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Alhamdulillah..ini lah hasilnya selepas siap...Kalau anda semua nak deco ikut citarasa masing-masing pon boleh..
☺terima kasih sudi singgah disini ☺