nurmeen kitchen

Saturday, March 15, 2014

HYE..HYE KSM..BYE..BYE KKM





Dah bpe  lame ye x update blog nie..Bz lah katakan..semua benda jadi..so banyak kerja nak buat.Nie pon curi2  je masa yang ada coz nak kongsi tentang peristiwa yang berlaku dlm hidup sis akhir2 nie...Sis dh dipanggil untuk berkhidmat.but not under KKM anymore..Sis di sub ke KSM Esok dh start korje  kat KSM..Nak pakai baju ape ek..search punye search..baju cmni ok ah kot..


formal dresses for women-office wear 


 NO MORE UNIFORM!

Sis nak  kata  sis ni nurse bukan, kerja pejabat pon bukan..erm..dh rezeki..dlm ramai2 nurse y posting kt johor aku dpt tempat special nurse..memang ramai  kate aku  bertuah  dapat cmni coz gaji same je Alhamdulillah..Ganjaran dan rezeki yang Allah S.W.T beri pada aku..kerja kat office je lah lepas nie..Pengarah kate diowg  xkn tukar  aku ke  kkm kecuali aku yang mintak..semua bergantung pada keadaan..


nie tempat kerja saya:





 


Masa dapat penempatan tu rasa pelik apa tu KSM?
Rupa nya ia adalah JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN..kat satu negeri hanya  ada satu je jabatan nie..and dalm jabatan nie ada sorang nurse je yang bekerja dengan 2 org doktor..selain tu aku gak bekerja dengan engineer..arkitek and macam2 lagi..kerja office hour..yang penting raye senang lew dpt cuti raya..hehehe..banyak lawat kawasan2 tok bagi ceramah dan  nasihat..

Apa  yang dimaksudkan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?
Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan unutk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

Antara Fungsi2 :
MNKKP menjalankan fungsi-fungsinya dengan membincang, mengkaji, menyiasat dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri Sumber Manusia berkenaan dengan apa-apa perkara berhubung dengan tujuan-tujuan Akta 514 terutamanya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan Akta tersebut berkenaan dengan:-

  1. Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  2. Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  3. Penggalakan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja;
  4. Masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
  5. Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
  6. Penganalisisan statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubung dengan pekerjaan;
  7. Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
  8. Penggalakan pembangunan dan penerimapakaian melalui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan; dan
  9. Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang yang cedera di tempat kerja.

 kalau nak tahu lebih klik DISINI 

Tinggal kan jap tentang hal tu..Sis tengah pikir2 lagi apa lagi ek  baju  yang sesuai nak dipakai??coz selama  nie pakai  uniform je..

mungkin yang ni sesuai...


hehehe...muslimah  sket..sejuk mata hubby nak pandang..

Berdebar rasenyer...doakan ye sis boleh bekerja dengan aman dan tenang..duduk  ditengah2 bandar banyak ragamnyer..hope everything ok...rasa janggal lak nak kije office..padahal blaja nurses..but still ada kerja2 nursing yang akan dilakukan..cume xselalu..sbnarnye ,ske kerja office tp xtau lg apa cabaran yang bakal menanti..MR.Hubby akan selalu disisi dan ikut aku ke mana jua aku pergi..Terima kasih pada kaum keluarga yang banyak membantu..Tanpa mereka tiada kejayaan yang aku akan raih..biznez mungkin akan berjalan seperti biasa..Insya Allah..

walau pun sedih xdpt kije hospital and berkhidmat  kat kkm tapi saya masih bertuah lagi..nak membantu orang xsemestinya kat hospital   kann??

FIGHTING!!!

No comments: