Petang tadi mak kol kata yang sepupu mak terdekat merupakan salah seorang penumpang pesawat MAS MH370..Rasa sedih bila mak mintak sangat doakan keselamatan dia.Umpama mimpi yang tak pernah diinginkan ia terjadi.
Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir
Adam.
"Keputusan analisa adalah negatif, ia bukan berasal daripada MH370.
"Keputusan analisa adalah negatif, ia bukan berasal daripada MH370.
"Sampel itu didapati sebagai kegunaan bahan bakar tongkang atau kapal
laut," katanya kepada media di ibu pejabat APMM, Pasir Puteh hari ini.
Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad.
"Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star sebelum ini.
Nasir berkata, laporan tersebut diperoleh daripada pihak Jabatan Kimia Malaysia yang dijangka mengumumkan secara rasmi keputusan tersebut petang ini.
"Ia bukan daripada pesawat, keputusan dikeluarkan oleh jabatan kimia jam 5 petang tadi," katanya.
Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Ahmad Ridzuan Ibrahim, berkata proses menganalisis akan dijalankan mengikut tiga prosedur.
Prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan sama ada sampel tersebut mengandungi ’mineral oil’, peringkat kedua mengenal pasti sama ada ketumpatan minyak itu ’light oil’ atau ’heavy oil’, dan peringkat terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak (kerosine, diesel atau petrol).
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.
Sementara itu, misi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga masih gagal menemui petunjuk baru.
Beberapa negara juga turut menyertai operasi, antaranya Jepun, China, Singapura dan Amerika Syarikat.
Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi tanda tanya.
Saya meminta kepada sesiapa yang tidak menggunakan otak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar insaflah!Bagaimana kalau kejadian seperti ini terjadi di kalangan ahli keluarga anda..Pikir guna akal bukan emosi!Jangan mengaitkan hal-hal sebergini dengan politik!!!
Amat Memalukan!
No comments:
Post a Comment