Assalamualaikum peneman setia blog ini.Salam sejahtera dan salam barakah buat semua.
Pada 21 Februari kita digemparkan dengan berita kehilangan 10 remaja yang hilang
selepas berjogging di kawasan berhampiran Sg.Buloh Kasap,Segamat.
Berikut adalah kronologi kejadian:
Kronologi Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor
- 21 Februari 2014 (6 Pagi) : 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat dari Taman Mewah keluar joging berhampiran Sungai Muar, Pekan Buloh Kasap, Segamat
- 8:50 pagi : Mereka berhenti di Sungai Muar & 8 daripadanya berhasrat untuk mandi. 4 remaja yang lain menolak kerana tidak tahu berenang
- 9:00 pagi : Seorang remaja & 8 remaja jatuh ke sungai akibat tergelincir dari tebing yang runtuh, sementara yang
cuba selamatkan sebelum seorang demi seorang mati lemas- 9:48 pagi : Operasi mencari & menyelamat dimulakan
- 3:29 petang : Mangsa pertama daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 14 berjaya ditemui
- 3:41 petang : Mangsa kedua daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Zikri zaidi ditemui
- 4:22 petang : Mangsa ketiga daripada 8 remaja mati lemas, Nazrul Aminuddin Zamri, 15, ditemui
- 11 malam : Operasi mencari & menyelamat melibatkan baki 5 remaja mat lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berhenti dan bersambung
- 22 februari 2014 (7:30 pagi) : Operasi mencari dan menyelamat
lima mangsa mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor bersambung semula pagi ini..
Kejadian Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di
Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berpunca daripada pasir jerlus di
Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa
apabila terpijak dasar sungai itu.
Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor :
- MOHD ZATI ZAIDI, 16
- MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
- MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
- MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
- NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
- MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
- MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
- MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16
Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Allah s.w.t.Yang hidup perlu diteruskan kehidupannya seperti biasa..Semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya.
Sesungguhnya mati itu pasti dan segala kejadian yang berlaku adalah antara penyebabnya sahaja.
1 comment:
thanks
Post a Comment