nurmeen kitchen

Sunday, March 16, 2014

Collagen Plus Vitamin E Set


 
Hari ni balik kerja terus lah pergi membeli baju yang perlu digunakan pada hari esok..balik2 terkejar nak solat maghrib takut terlepas..Masya Allah..Bila ada waktu nie boleh la tangan nie nak menekan-nekan button keyboard nie..
Dalam seminggu nie sis baru je tukar ke satu produk nie yang namanya  Collagen Plus Vitamin E Set..Penah dengar x?Kalau ada yang xpernah tahu tu meh nak tunjuk sket gambar nyer..
 
 
 
 
 
 
 Haaa.macam mane?penah nampak x?Mula2 tu sis takut lah nak mencuba..mak pujuk2 pon anak lg gune..Last bila adik sis yang last tu ada perubahan pada kulit dia baru lah sis nak try..Nak tunjuk gambar pon susah coz dia xske amik gambar..So,masa mule2 pakai tu risau jugak coz macam naik jerawat halus..
 
 
 
Tapi bila sis teruskan alhamdulillah ok lew..Jerawat mengecut.Cume yang krim malam tu kene lah pakai banyak sket..Sis bli kat kedai jamu yang disahkan berdaftar..Takut2 lew produk tiruan kan..
 
 
 
 
Pada sape2 yang nak try tu boleh lah coz sis dh cek ingredient produk ni selamat dari bahan2 kimia yang berbahaya..Sebab sebelum ni sis pernah tersalah pakai produk..Bila di siasat rupanya ada bahan yang dangerous..Jadi yang ni insya Allah selamat.Kita hanya berusaha betul x?Selebihnya berserah pada Allah S.W.T..

Kalau nak bli kene tahu dulu yang mana satu asli dan yang mana tiruan..Kalau nak bezakan senang je..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
K lah..Mata pon dh mengantok..Esok nak kije..Liat pulak nak bangun nanti.Selamat mencuba ye..Gud Luck!
 
 

Saturday, March 15, 2014

HYE..HYE KSM..BYE..BYE KKM





Dah bpe  lame ye x update blog nie..Bz lah katakan..semua benda jadi..so banyak kerja nak buat.Nie pon curi2  je masa yang ada coz nak kongsi tentang peristiwa yang berlaku dlm hidup sis akhir2 nie...Sis dh dipanggil untuk berkhidmat.but not under KKM anymore..Sis di sub ke KSM Esok dh start korje  kat KSM..Nak pakai baju ape ek..search punye search..baju cmni ok ah kot..


formal dresses for women-office wear 


 NO MORE UNIFORM!

Sis nak  kata  sis ni nurse bukan, kerja pejabat pon bukan..erm..dh rezeki..dlm ramai2 nurse y posting kt johor aku dpt tempat special nurse..memang ramai  kate aku  bertuah  dapat cmni coz gaji same je Alhamdulillah..Ganjaran dan rezeki yang Allah S.W.T beri pada aku..kerja kat office je lah lepas nie..Pengarah kate diowg  xkn tukar  aku ke  kkm kecuali aku yang mintak..semua bergantung pada keadaan..


nie tempat kerja saya:





 


Masa dapat penempatan tu rasa pelik apa tu KSM?
Rupa nya ia adalah JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN..kat satu negeri hanya  ada satu je jabatan nie..and dalm jabatan nie ada sorang nurse je yang bekerja dengan 2 org doktor..selain tu aku gak bekerja dengan engineer..arkitek and macam2 lagi..kerja office hour..yang penting raye senang lew dpt cuti raya..hehehe..banyak lawat kawasan2 tok bagi ceramah dan  nasihat..

Apa  yang dimaksudkan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?
Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan unutk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

Antara Fungsi2 :
MNKKP menjalankan fungsi-fungsinya dengan membincang, mengkaji, menyiasat dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri Sumber Manusia berkenaan dengan apa-apa perkara berhubung dengan tujuan-tujuan Akta 514 terutamanya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan Akta tersebut berkenaan dengan:-

  1. Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  2. Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
  3. Penggalakan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja;
  4. Masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
  5. Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;
  6. Penganalisisan statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubung dengan pekerjaan;
  7. Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;
  8. Penggalakan pembangunan dan penerimapakaian melalui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan; dan
  9. Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang yang cedera di tempat kerja.

 kalau nak tahu lebih klik DISINI 

Tinggal kan jap tentang hal tu..Sis tengah pikir2 lagi apa lagi ek  baju  yang sesuai nak dipakai??coz selama  nie pakai  uniform je..

mungkin yang ni sesuai...


hehehe...muslimah  sket..sejuk mata hubby nak pandang..

Berdebar rasenyer...doakan ye sis boleh bekerja dengan aman dan tenang..duduk  ditengah2 bandar banyak ragamnyer..hope everything ok...rasa janggal lak nak kije office..padahal blaja nurses..but still ada kerja2 nursing yang akan dilakukan..cume xselalu..sbnarnye ,ske kerja office tp xtau lg apa cabaran yang bakal menanti..MR.Hubby akan selalu disisi dan ikut aku ke mana jua aku pergi..Terima kasih pada kaum keluarga yang banyak membantu..Tanpa mereka tiada kejayaan yang aku akan raih..biznez mungkin akan berjalan seperti biasa..Insya Allah..

walau pun sedih xdpt kije hospital and berkhidmat  kat kkm tapi saya masih bertuah lagi..nak membantu orang xsemestinya kat hospital   kann??

FIGHTING!!!

Monday, March 10, 2014

sah tompokan minyak bukan daripada pesawat M370!!!


 

Petang tadi mak kol kata yang sepupu mak terdekat merupakan salah seorang penumpang pesawat MAS MH370..Rasa sedih bila mak mintak sangat doakan keselamatan dia.Umpama mimpi yang tak pernah diinginkan ia terjadi.

 Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam mengesahkan tompokan minyak di perairan Laut China Selatan bukan milik MH370.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Mac, 2014.













Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam.
"Keputusan analisa adalah negatif, ia bukan berasal daripada MH370.
"Sampel itu didapati sebagai kegunaan bahan bakar tongkang atau kapal laut," katanya kepada media di ibu pejabat APMM, Pasir Puteh hari ini.

Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum ini mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad.

"Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star sebelum ini.

Nasir berkata, laporan tersebut diperoleh daripada pihak Jabatan Kimia Malaysia yang dijangka mengumumkan secara rasmi keputusan tersebut petang ini.

"Ia bukan daripada pesawat, keputusan dikeluarkan oleh jabatan kimia jam 5 petang tadi," katanya.
Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Ahmad Ridzuan Ibrahim, berkata proses menganalisis akan dijalankan mengikut tiga prosedur.

Prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan sama ada sampel tersebut mengandungi ’mineral oil’, peringkat kedua mengenal pasti sama ada ketumpatan minyak itu ’light oil’ atau ’heavy oil’, dan peringkat terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak (kerosine, diesel atau petrol).

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu.

Sementara itu, misi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga masih gagal menemui petunjuk baru.

Beberapa negara juga turut menyertai operasi, antaranya Jepun, China, Singapura dan Amerika Syarikat.

Misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut masih menjadi tanda tanya.

 Saya meminta kepada sesiapa yang tidak menggunakan otak dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar insaflah!Bagaimana kalau kejadian seperti ini terjadi di kalangan ahli keluarga anda..Pikir guna akal bukan emosi!Jangan mengaitkan hal-hal sebergini dengan politik!!!

Amat Memalukan!








Gambar: Astagfirullah.. Kenapa fikiran dia sampai macam ni sekali .. :'(


 



Sunday, March 9, 2014

Berita lagi mengenai kehilangan pesawat mas!





 
Selepas banyak spekulasi mengenai berita Kehilangan Pesawat Boeing 777,kini berita terbaru mengenai nya dibicarakan..Sis dapat informasi melaui berita terkini yang pesawat itu mungkin berpatah balik sebelum lenyap.Ketua tentera udara Malaysia berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat empat penumpang pesawat berkenaan yang mempunyai identiti mencurigakan.
 Semasa sis menonton MHI pada petang tadi Bekas Kapten  Ketua Juruterbang mengatakan pesawat itu ada membuat pusingan mengiring tetapi tidak menunjukkan ia berpusing.
Satu misi pencarian yang dilakukan secara besar-besaran masih tidak mendapatkan apa-apa kesan pesawat tersebut. yang lost contact dengan pengawal tanah sedangkan cuaca ketika dalam keadaan baik.Pesawat itu juga already dalam pelayaran dan  jurutebang tidak menghantar sebarang signal kecemasan.Ini merupakan satu keadaan luar biasa bagi pesawat jet moden  yang dikendalikan oleh juruterbang profesional yang telah berkhidmat selama 10 tahun.
 
Jet tentera udara vietnam melaporkan terlihat 2 tompokan minyak yang besar namun tidak dapat mengaitkannya dengan kehilangan pesawat tersebut berikut tiada jejak bangkai pesawat itu.Menurut Ketua tentera udara Rodzali Daud,Pesawat itu berjaya mengundur ke belakang dan seberapa bahagian serta dibuktikan dengan beberapa radar yang lain. 
Malaysia Airlines Ketua Eksekutif Ahmad Jauhari Yahya berkata juruterbang sepatutnya memberitahu pihak syarikat penerbangan dan kawalan lalu lintas jika pesawat melakukan pusingan U . "Daripada apa yang kita ada, tidak ada isyarat kecemasan atau , jadi kita sama-sama hairan, " katanya.
Pihak berkuasa memeriksa identiti suspek sekurang-kurangnya dua penumpang yang kelihatan telah menaiki dengan pasport dicuri. Pada hari Sabtu, kementerian luar di Itali dan Austria berkata nama dua rakyat yang disenaraikan di nyata penerbangan dipadankan nama pada dua pasport dilaporkan dicuri di Thailand.
Menurut Pakar,kemungkinan untuk keganasan berlaku  berikutan kehilangan pesawat dan pemalsuan pada pasport yang dicuri.Ini kerana kumpulan Al-Qaeda juga telah melakukan tektik yang sama. Selain itu sebab-seba lain boleh juga terjadi seperti bencana,kesilapan juruterbang atau bunuh diri.
Ini memerlukan penyiasatan yang terperinci dan mengambil masa berbula-bulan dan bertahun.
Pihak Berkuasa Eropah pada hari Sabtu telah  mengesahkan nama dan kewarganegaraan kedua-dua pasport dicuri: Satu adalah dokumen Itali yang dikeluarkan yang mengandungi nama Luigi Maraldi , Austria lain di bawah nama Kristian Kozel itu. Dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu, dilaporkan membeli tiket penerbangan pada masa yang sama.
 Menurut laporan CCN, kedua tiket itu dibeli dari China Southern Airlines dalam mata wang Bath Thailand pada harga yang sama.

CNN melaporkan bahawa maklumat itu didapati daripada Travelsky, iaitu sistem pengesahan e-tiket rasmi China.

Nombor siri tiket-tiket itu dikatakan mengikut turutan yang menandakan ia dikeluarkan bersama.
Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pengendali telefon pada KLM hotline berpangkalan di China pada hari Ahad mengesahkan " Maraldi " dan " Kozel " kedua-duanya telah ditempah untuk meninggalkan Beijing pada penerbangan KLM ke Amsterdam pada 8 Mac. Maraldi kemudian terbang ke Copenhagen di KLM pada 8 Mac, dan Kozel ke Frankfurt pada 8 Mac.
Sejumlah 22 pesawat dan 40 kapal telah dikerahkan ke kawasan itu oleh Malaysia, Thailand , Singapura, Indonesia, China dan Amerika Syarikat , tidak termasuk armada Vietnam.

Selepas lebih daripada 30 jam tanpa hubungan dengan pesawat, Malaysia Airlines memberitahu ahli keluarganya agar " menyediakan diri mereka untuk yang terburuk ," Hugh Dunleavy , pengarah komersial bagi syarikat penerbangan itu kepada pemberita.
pesawat mas krew dan kapten
Gambar Anak kapal yang hilang,Zaharie Ahmad Shah (Kapten), Fariq Ab. Hamid (Pembantu), (bawah dari kiri) Goh Sock Lay (Ketua pramugari), Andrew Nari (Ketua pramugara) Gambar Utusan Online
Mencari jejak pesawat yang hilang atas laut boleh mengambil hari atau lebih , walaupun dengan usaha carian yang berterusan. Bergantung pada keadaan kemalangan itu, bangkai boleh bertaburan di banyak kilometer persegi ( batu). Jika pesawat memasuki air sebelum berpecah , mungkin ada terdapat serpihan yang agak sedikit.
Gambar pesawat MAS disyaki terhempas oleh Astroawani

Malaysia Airlines mempunyai rekod keselamatan yang baik , seperti juga Boeing  777 , yang belum mempunyai kemalangan maut dalam sejarah 19 tahun sehingga pesawat Asiana Airlines terhempas bulan Julai lalu di San Francisco, membunuh tiga penumpang, semua remaja Cina.  
luigi maraldi 1
Gambar ibu bapa Luigi Maraldi yang psportnya dicuri dan digunakan penumpang pesawat MAS yg hilang – Foto Veooz
Jason Middleton , ketua Universiti yang berpangkalan di Sydney Sekolah New South Wales Penerbangan , berkata keganasan atau sesuatu bentuk unsur jenayah seolah-olah satu penjelasan yang mungkin boleh diterima .  
  MAS berkata ia akan menyediakan laporan terkini dari masa ke semasa. Orang ramai boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk sebarang maklumat.
Ahli keluarga penumpang dan anak kapal disarankan berkumpul di Bangunan Sokongan Kemudahan di Zon Sokongan Selatan KLIA. Untuk maklumat, hubungi 03-8787 1269.
Orang ramai juga boleh menghubungi 03-7884 1234 untuk maklumat lanjut. – 8 Mac, 2014.
Setakat ini itu sahaja maklumat yang sis boleh kongsikan.Semoga ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kuatkan semangat."Berat mata memandang,berat lagi bahu yang dipikul".Mungkin ini semua dugaan yang harus ditempuhi.Sama2 lah kita mendoakan untuk mangsa-mangsa tersebut.
 
 

Sunday, March 2, 2014

Cantik Dalam Gambar









Hari ini  sis sangat2 rajin nak menaip..jadi sis nak kongsi sedikit tips untuk nampak cantik dalam gambar.

10 TIP HARUS CUBA

1 Gunakan warna MATTE
 Biasanya sis akan gunakan warna matte/dasar coz xberkilau atau shimmer.U olls kene hindari dari sesuatu yang berkilau masa amik pic coz lampu camera tu pon dh berkilau.Nanti hasilnya muka u olls akan kelihatan berminyak.Mesti u olls xnak kan.
contoh warna MATTE


2.Aplikasikan make-up di bawah cahaya semulajadi

 Untuk hasil terbaik, u olls kalau make up kenalah dekat bawah cahaya semulajadi seperti sinar mentari.Kalau pencahayaan tak betul,ia boleh mengubah penampilan make up u olls.Kalau make up bawah lampu u olls akan rasa make up u olls pucat,so u ols cenderung aplikasikan make up yang tebal.

3.Gunakan bedak berwarna dasar kuning

Bedak jenis ini lebih baik daripada bedak shimmery atau translucent jika ingin bergambar.Coz bedak lain akan memantulkan cahaya sehingga wajah kelihatan berkilat serta kelihatan letih.

4.Ratakan Concealer di bawah mata


Korang mesti selalu cover eye bag or panda eye korang dengan concealer kan?Kalau untuk pakai sehari-harian tu boleh lah.Tapi kalau untuk bergambar, concealer boleh kelihatan sedikit'keras'.Kalau nak pakai boleh,tapi pastikan ia diratakan dgn baik ok,.

5.Eyeliner hitam dan maskara hitam

Majoriti jurumekap dan jurugambar akan mencadangkan agar menggunakan eyeliner dan maskara ketika bergambar.Kalau u olls jenis yang selalu pakai warna coklat,tukarlah ke warna hitam apabila ingin bergambar.Warna gelap akan memberikan kontra yang lebih baik di dalam foto dan menonjolkan mata anda.

6.Blush On
Jangan lupa pakai pemerah pipi supaya wajah nampak cerah dan menambahkan definisi di wajah.Tanpanya,wajah anda akan nampak sangat lah pucat dan tak menarik.Tapi remember,jgn overdose pulak.

7.Jangan lupa Lipstik

 

Jika u olls xpakai lipstik,wajah akan kelihatan sgt pucat di dalam gambar.Lipstik dapat menampakkan bentuk bibir anda yang mungil tuu..

8.Hindari bayangan gelap pada wajah
 
Cubalah untuk tidak menciptakan bayangan pada wajah dengan mekap.Jangan mengoles shadow di bawah mata.Pelajari juga bagaimana posisi wajah u olls ke arah kamera agar tak menciptakan bayangan di wajah atau di bawah dagu. 

9.Tonjolkan bahagian wajah dengan Highlight

U olls boleh menggunakan bronzer,satu atau dua warna lebih gelap dari blush on natural di bahagian bawah tulang pipi anda,di bawah dagu,kedua-dua sisi hidungdan di sudut-sudut luar dahi anda.Aplikasikan warna lebih terang  pada bahagian wajah yang menjadi tumpuan flash kamera seperti di atas pipi,tengah dahi dan garis atas hidung anda.

10.Hindari mata merah

Gunalah ubat titis mata untuk elakkan garis2 merah dibahagian mata anda.U olls juga boleh mendapatkan ilusi mata yang lebih besar dan galak dengan mengaplikasikan sedikit bayangan putih di sudut bahagian dalam kedua-dua mata dengan eyeliner putih.